28 April 2025
Wajah baru Olymptrade yang berani: Direka agar terasa sempurna
Ketahui bagaimana wajah baru Olymptrade lahir daripada maklum balas pedagang kami. Reka bentuk yang mengutamakan pengguna, diinspirasikan maklum balas dan dibina dengan penuh keprihatinan — saksikan sendiri evolusinya!
28 April ialah Hari Reka Bentuk Sedunia — waktu yang tepat untuk kami berkongsi bagaimana kami membayangkan semula reka bentuk, rasa dan aliran Olymptrade. Bukan sekadar menghasilkan sesuatu yang cantik dipandang, tetapi juga tentang membina platform perdagangan yang intuitif.
(Rahsia terbongkar: Ia menjadi! Kami telah dicalonkan untuk Awwwards Website Award. Keputusannya belum diumumkan, tapi kami sangat menghargai pengiktirafan ini!)
Pengemasan semula secara menyeluruh
Selepas sedekad berkembang, platform kami perlukan penyegaran visual. Jadi kami teliti setiap piksel, sambil bertanya: Bagaimana reka bentuk ini boleh melancarkan pengalaman pedagang?

"Kami bukan sekadar mengubah reka bentuk — kami memikirkan semula segalanya," kata pengarah kreatif kami. "Kurangkan gangguan, tingkatkan fungsi. Berdagang seharusnya terasa lebih intuitif, bukannya menakutkan."
Apa yang menjadi nadi kepada semua perubahan ini? Keprihatinan — terhadap pengguna, pengalaman mereka, dan butiran kecil yang memberi impak besar.
Mudah. Intuitif. Lancar.
Reka bentuk yang baik tidak mengelirukan — ia memandu arah.
"Pengguna sudah terbiasa dengan aplikasi dan perkhidmatan. Adalah lebih baik untuk tidak menyimpang daripada kebiasaan itu, melainkan jika benar-benar perlu," jelas pengarah kreatif kami.
Jadi kami bina sesuatu yang benar-benar berkesan, mencipta antara muka perdagangan moden dan selesa dari klik pertama. Tiada kerumitan yang tidak perlu — hanya perdagangan yang lancar.

Berpandukan data dan diilhamkan pengguna
Kami tidak mereka bentuk untuk mengejar trend — kami reka untuk pedagang. Sebab itulah setiap keputusan kami ada tujuan yang disokong oleh penyelidikan.
"Jika sesuatu tidak menambah baik pengalaman pengguna — ia dikeluarkan," tegas pengarah kreatif kami.
Sebagai contoh, kami pilih palet warna yang mesra dengan semua pengguna, termasuk pengguna yang buta warna. Dalam perdagangan, kejelasan bukanlah satu kemewahan — ia satu keperluan.

Reka bentuk bukan hanya rupa — ia cara sesuatu berfungsi. Itu bermaksud ketelitian, keyakinan pengguna dan tentunya, beberapa kejutan yang menyenangkan.
Suka dengan reka bentuk baru ini? Nantikan apa yang akan tiba.
Kongsikan ke
Berita lain

16 September 2026
Olymptrade memenangi Sokongan Perdagangan Terbaik – Asia 2026 di Global Forex Awards
Olymptrade telah dinobatkan sebagai Sokongan Perdagangan Terbaik – Asia 2026 di Global Forex Awards – Retail, anugerah industri yang dianjurkan oleh Holiston Media.

27 Ogos 2026
Olymptrade Malaysia: keprihatinan yang sampai ke meja makan, klinik dan minda
Bersama HOPE worldwide Malaysia, syarikat ini telah membantu 180 keluarga berpendapatan rendah di Kuala Lumpur, membiayai sebuah klinik percuma yang telah merawat lebih 80,000 pesakit, serta menyokong latihan kesejahteraan mental untuk ibu-ibu dalam komuniti setempat.

11 Ogos 2026
Olymptrade Nigeria: Keprihatinan yang menyantuni hari ini dan membina masa depan
Inisiatif amal bersama baru-baru ini telah menyokong 1,000 keluarga yang memerlukan dengan bekalan keperluan dan membantu 100 isi rumah memulakan kebun bandar mereka sendiri.

